in

COMEL LOL


[NOSTALGIA] 10 Watak Fiksyen Kucing Terkenal Sepanjang Sejarah – Kartun & Filem

kucing-terkenal

Kucing adalah haiwan kesayangan ramai.. Jadi tidak hairanlah mereka sering diambil sebagai watak penting didalam pembikinan kartun ataupun filem. Di dalam post kali ini kita akan melihat 10 watak fiksyen terkenal yang dimainkan oleh seekor kucing 🙂

1. Garfieldgarfield

Siapa yang tak kenal Garfield.. Kucing parsi yang gemuk dan pemalas hasil karya Jim Davis. Mula diperkenalkan pada tahun 1978. Makanan kegemarannya adalah lasagna dan hobinya adalah tidur. Dia juga suka mengganggu hidup sahabatnya Odie si anjing.

 2. Felix The Cat

felix-the-cat

Felix the cat adalah antara karekter kartun terawal yang terkenal iaitu pada tahun 1919.. Sebelum kemunculan Mickey Mouse lagi. Pada tahun 2014, Dreamworks Animation telah membeli hak cipta terhadap karekter ini.. Mungkin ia akan membuat kemunculan semula tidak lama lagi 🙂

3. Tom Cat

tom-and-jerry

Kanak-kanak 80-an dan 90-an sangat mengenali karekter ini.. Si kucing nakal yang suka mengejar Jerry si tikus. Musuh ketatnya adalah seekor anjing bull dog. Kemunculan awal karekter ini adalah pada tahun 1940 yang dihasilkan oleh William Hanna and Joseph Barbera.

4. Sylvester

sylvester

Sylvester adalah antara watak di dalam siri kartun Looney Tunes. Musuh utama Sylvester adalah seekor burung kuning bernama Tweety. Tweety sering memanggil Sylvester dengan panggilan “Puddy Cat”. Kemunculan awal watak kucing ini adalah pada tahun 1945.

5. Hello Kitty

hello-kitty

Hello Kitty adalah watak kartun dari jepun yang dihasilkan oleh Sanrio. Kini karekter ini sangat terkenal sehingga ke negara barat. Banyak cenderamata dan permainan dari Hello Kitty yang menjadi kegilaan peminatnya. Hello Kitty mula diperkenalkan pada tahun 1974.

6. Cheshire Cat

chesire-cat

Cheshire Cat adalah watak misteri dan gelap di dalam kisah Alice in Wonderland hasil tulisan Lewis Carrol. Ianya mendapat kemunculan di dalam kartun Disney dan juga filem arahan Tim Burton.

7. Puss In Boots

Pussboots

Puss in boots mendapat kemunculan di dalam siri animasi Shrek sebelum tampil dengan filem sendiri pada tahun 2011. Wataknya yang lucu dan acah-acah hebat membuatkan penonton tidak kering gusi.

8. Penelope Pussycat

penolope

Jika anda masih ingat dengan kartun Looney Tunes, terdapat satu karekter skunk bernama Pepe LePew.. Skunk ini telah tersalah anggap Penelope Pussycat sebagai seekor skunk betina dan jatuh cinta kepadanya. Cerita kartun ini memfokuskan tentang bagaimana skunk itu cuba memikat Penelope Pussycat.

9. Mitten

mitten

Mitten adalah karekter seekor kucing dalam filem animasi Disney Bolt. Filem ini mengisahkan seekor anjing yang terpisah dengan tuannya. Sepanjang perjalanan dia bertemu dengan sahabatnya, seekor kucing bernama Mitten dan juga seekor hamster. Walaupun Mitten bukan watak utama dalam filem ini tetapi telatahnya sungguh melucukan dan mencuit hati.

10. Figaro

figaro

Figaro adalah salah satu watak dalam filem animasi klasik Pinocchio. Figaro merupakan kucing peliharaan Mister Geppetto dan juga Pinocchio. Selain dari cerita Pinocchio, Figaro juga telah muncul dalam beberapa siri lain dalam animasi Disney.

KAREKTER BONUS!

11. Doraemon

doraemon

Tak mungkin kami mengakhiri artikel ini tanpa meletakkan Doraemon sebagai salah satu watak fiksyen kucing terkenal dalam sejarah. Walaupun ianya cuma sebuah robot tetapi kehadirannya memberikan impak yang cukup mendalam bagi kanak-kanak yang menontonnya. Dengan poket ajaib yang boleh mengeluarkan alatan hebat, ketakutannya pada tikus dan kisah persahabatannya dengan nobita yang menyentuh hati. Pasti ia akan dikenang sebagai salah satu watak kucing yang paling diingati.

jangan lupa SHARE artikel ni!

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1952 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Kucing Anda Tidak Mahu Lagi Menggunakan Litter Box

5 Tips Mudah Menghalang Kucing Anda Bergaduh