in

COMEL NANGIS WOW! LOL GERAM


5 Tips Mudah Menghalang Kucing Anda Bergaduh

kucing-bergaduh

Jika anda mempunyai 2 atau lebih kucing pasti anda akan menghadapi situasi dimana kucing-kucing ini bergaduh. Ada kucing yang mudah menerima kehadiran kucing baru, ada yang pantang bertemu.. Pasti nak bergaduh!

Di dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh cuba pada kucing-kucing anda untuk mengurangkan ketegangan diantara mereka. InsyaAllah dengan kesabaran anda dapat melihat mereka hidup dengan lebih harmoni aman dan damai 🙂

TIPS 1: Perkenalkan Kucing Secara Berperingkat

kucing-takut

Kucing adalah haiwan teritorial. Mereka tidak suka jika tiba-tiba ada kucing lain yang mencerobohi kawasan mereka. Oleh itu jika anda ingin menambah jumlah kucing di dalam jagaan anda sebaiknya “perkenalkan” mereka secara berperingkat.

Jangan terus lepaskan kucing baru anda bersama kucing sedia ada. Biarkan mereka “berkenalan” dengan penghadang yang memisahkan mereka. Contohnya seperti carrier, sangkar ataupun bilik yang berasingan.

Pada peringkat awal elakkan dari membiarkan kucing anda berkongsi bekas makanan, litter box ataupun tempat tidur yang sama. Apabila mereka semakin mesra dan mengenali bau masing-masing, barulah anda boleh satukan mereka.

TIPS 2: Periksa Tahap Kesihatan Kucing Anda

kucing-tidur

Apabila kita merasa sakit kita sering merasa tenang dengan berehat sendiri tanpa gangguan. Jika ada sesiapa yang cuba mengganggu rehat kita pasti kita naik marah.

Sama juga dengan kucing, apabila dia mengalami kesakitan mereka lebih selesa untuk duduk bersendirian dan jika ada kucing lain yang ingin bermain dengannya pasti akan dibalas dengan “hissing” atau tamparan “sedas” di muka.

Jika kucing anda tiba-tiba bertindak agresif dan menjadi garang dengan kawan-kawannya yang lain, mungkin ada sesuatu yang mempengaruhi kesihatan kucing anda.

Kucing pandai untuk menyembunyikan kesakitan mereka. Kadang-kadang kita tak tau apa masalah yang mereka hadapi sehingga dah terlalu teruk.. Oleh itu lebih baik anda membawanya ke vet untuk pemeriksaan.

TIPS 3: Elakkan Bau Yang “Asing”

kucing-bau

Kucing adalah haiwan yang peka terhadap bau. Kadangkala bau yang asing seperti bau kucing lain boleh membuatkan mereka naik marah.

Pernahkah anda membawa salah seekor kucing anda ke vet dan apabila sampai ke rumah, kucing lain mula bersikap agresif terhadap kucing yang baru pulang dari vet tadi?

Ini mungkin kerana bau kucing lain di vet telah melekat di badan kucing anda menyebabkan dia menyangka kucing itu adalah “orang luar” yang mencerobohi kawasan mereka.

Bagi mengelakkan masalah itu dari berlaku sebaiknya anda membawa tuala atau alas tidur yang mempunyai bau kucing dirumah. Gunakan sebagai alas carrier agar bau kucing di rumah kekal di badan kucing anda.

TIPS 4: Terhadkan Pemandangan

kucing-luar-tingkap

Manusia kadangkala melepaskan geram mereka terhadap orang lain. Apabila seseorang stress dengan boss, seringkali anak-anak dirumah yang menjadi mangsa… Perkara ini juga boleh terjadi kepada kucing dirumah anda, terutamanya kepada kucing “indoor”.

Seperti yang kita ketahui kucing adalah haiwan teritorial.. Apabila dia terlihat kucing jalanan lain datang “melepak” dihadapan rumah, naluri kucing anda akan memberontak untuk mengejar dan menyerang kucing liar yang cuma menceroboh kawasan mereka.

Namun begitu naluri mereka tidak dapat dilepaskan kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah. Akibatnya kawan-kawannya yang lain menjadi mangsa amukkan, kadangkala tuannya juga diserang bagi melepaskan geram.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menutup pandangannya dari dunia luar.. Tutup tingkap atau pintu yang sering digunakan untuk mengendap kucing lain.. Dengan itu anda dapat menutup terus punca kemarahannya.

TIPS 5:  Hentikan Pergaduhan

kucing-bergaduh-lerai

Kadangkala sudah terlambat untuk kita menghalang dari pergaduhan berlaku. Jika anda melihat kucing anda bergaduh, jangan cuba leraikan mereka dengan tangan.. Kerana kucing bergaduh tidak pernah mengenal tuan. Silap-silap anda dicakar teruk!

Cara terbaik untuk menghentikan pergaduhan adalah dengan menyimbah kucing anda dengan air.. Jika tiada air buat bunyi yang boleh mengejutkan mereka seperti menjerit sambil menepuk tangan. Anda juga boleh membaling objek yang lembut seperti bantal di tengah-tengah pergaduhan. InsyaAllah mereka akan bersurai dan lari.

Share Artikel Ini Dengan Cat Lover Lain Menggunakan Butang Dibawah

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1951 points
Upvote Downvote

Total votes: 7

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 42.857143%

Downvotes: 4

Downvotes percentage: 57.142857%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[NOSTALGIA] 10 Watak Fiksyen Kucing Terkenal Sepanjang Sejarah – Kartun & Filem

[LAWAK] 10 Gambar Lawak Kucing Semasa Mengeringkan Badan