in ,

NANGIS WOW!


6 Sebab Mengapa Kucing Anda Tidak Mahu Lagi Menggunakan Litter Box

litter-box-kucing

Menjadi satu masalah besar kepada pemilik kucing apabila kucing anda tiba-tiba tidak mahu menggunakan litter box yang tersedia untuknya. Sudah berbulan-bulan dia gunakan litter box itu tetapi suatu hari dia tidak lagi membuang najisnya pada tempat biasa.. Kenapa ya?

Kucing adalah haiwan “habitual” iaitu mempunya tabiat yang konsisten.. Bermakna jika sebelum ini dia dah biasa buat sesuatu perkara, dia tidak suka persekitarannya terganggu. Dia merasa “tenang” dengan persekitaran yang konsisten. Tetapi bila kucing yang sudah biasa membuang najis di litter box tiba-tiba tidak mahu menggunakannya tentu pelik kan?

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa sebab mengapa kucing anda “melepas” di tempat yang tidak sepatutnya.. Mengapa dia berkelakuan ganjil dan “lari” dari kebiasaannya.

1. Litter Box Kotor

kucing-geli
kucing pun geli juga tau dengan benda kotor :p

Salah satu sebab kucing tidak mahu menggunakan lagi litter box yang biasa digunakan adalah disebabkan kebersihan tandasnya itu tidak dijaga. Kucing adalah haiwan yang bernaluri pembersih.. Jika tandas yang dia guna  setiap hari terlalu kotor, mungkin dia akan memilih sofa anda sebagai tandas barunya! 🙂

2. Kehadiran Kucing Baru

kucing-baru

Kehadiran kucing baru di dalam rumah anda mungkin membuatkan kucing anda membuang najisnya di luar litter box biasa yang digunakannya. Kucing anda mungkin “jelous” dengan kehadiran kucing baru itu.. Lebih-lebih lagi jika mereka berkongsi litter box yang sama.. Mungkin itu tanda “protest” yang sengaja dilakukan oleh kucing anda. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberi lebih tumpuan kepada kucing lama anda sehingga dia menerima kucing baru itu.. Dan jika perlu sediakan litter box berasingan untuk kucing-kucing anda buat sementara waktu.

3.Menukar Litter

gambar-litter-kucing

Kucing sangat peka dengan bau dan sentuhan.. Kadangkala menukar jenis litter (pasir bentonite, wood pallet, crystal) turut memainkan peranan menyebabkan kucing anda tidak lagi membuang najis di tempat biasa. Boleh jadi bau litter yang berbeza turut menyebabkan kucing anda berubah angin.. Jika anda ingin menukar litter yang baru dinasihatkan untuk menukar secara beransur-ansur, mungkin letak 2 litter box sebelah-menyebelah. Apabila ia semakin biasa menggunakan litter yang baru, barulah anda tukar sepenuhnya.

4. Saiz Litter Box

litter-box-kecil

Bilakah kali terakhir anda menukar litter box anda? Mungkin kucing anda telah membesar dan litter box yang biasa digunakan tidak lagi sesuai untuknya. Anda telah menggunakan litter box yang sama begitu lama sehingga tanpa anda sedari kucing anda telah membesar melebihi dari saiz litter box yang digunakannya selalu. Pastikan saiz litter box sesuai dengan saiz kucing anda.

5. Terancam

kucing-terancam

Kucing memerlukan masa yang lebih lama untuk membuang air besar berbanding air kecil, jadi jika dia merasakan persekitarannya terancam dan tidak selamat, dia mungkin memilih untuk membuang air di tempat lain. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan litter box di tempat yang lebih luas.. Jangan letakkan litter box pada kawasan tertutup atau sempit. Secara semulajadi kucing sukakan tempat yang lapang untuk melihat jika ada musuh yang mungkin menyerang hendap mereka ketika sedang membuang najis.

6. Masalah Kesihatan

kucing-sakit

Jika kucing anda membuang air di luar litter box mungkin ianya melibatkan masalah kesihatan.. Lihat najisnya, adakah lembik atau cair? Adakah kucing anda mempunyai masalah untuk membuang air kecil? Itu semua tanda kucing anda tidak sihat. Kami nasihatkan anda bawa kucing anda ke vet segera untuk pemeriksaan.

SHARE Artikel ni!

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1952 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[VIRAL] Anak Kucing Jalanan Ini Tinggal Bersama 5 Ekor Ferret.. Apa Yang Berlaku Seterusnya Sungguh Mengejutkan!

[NOSTALGIA] 10 Watak Fiksyen Kucing Terkenal Sepanjang Sejarah – Kartun & Filem