in ,

COMEL WOW! GERAM


7 SEBAB Mengapa Anda Rugi Jika Tidak Menggunakan Pine Wood Cat Litter!

pine-wood-cat-litter

Pine wood litter bukanlah benda baru dalam dunia kucing, tapi ianya masih belum mendapat sambutan di Malaysia berbanding pasir biasa.

Rata-rata customer di Cats Wonderland yang kami cadangkan pine wood cat litter akan sangsi, “Bagus ke? Boleh ke? Kucing nak berak ke nanti?”

Dalam artikel ini saya akan kongsi kelebihan yang ada pada pine wood cat litter dan bagaimana anda boleh “untung” jika menggunakannya 🙂

Bagaimana Pine Wood Cat Litter Berfungsi?

Pine Wood Cat Litter adalah serbuk kayu pine yang dijadikan dalam bentuk pallet. Serbuk kayu pine itu disalut dengan lilin yang akan larut apabila terkena kencing kucing. Apabila kucing melepaskan hajatnya diatas pine wood litter ini, ia akan bertukar menjadi serbuk kayu.. Dan serbuk inilah yang menyerap bau yang kurang enak pada litter box.

Contohnya seperti dalam gambar dibawah:

sebelum-selepas-pine

Diatas adalah gambar pine yang kami gunakan di Cat Hotel kami.. Perhatikan gambar SEBELUM, pine wood tidak perlu letak banyak.. Kerana apabila ia hancur, ia akan mengembang.

Gambar SELEPAS itu adalah gambar litter yang sudah perlu ditukar.. Perhatikan Pine wood sudah hampir hancur sepenuhnya.. Apabila bau sudah semakin kuat, itulah masanya untuk tukar kepada pine yang baru.

Kelebihan Menggunakan Pine Wood Cat Litter

1. Penggunaan Yang Sedikit

Berbanding pasir bentonite yang perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak, anda tak perlu letak banyak Pine Wood Cat Litter dalam litter box. Anda cuma perlu letak 1/3 dari jumlah yang biasa anda letak di litter box. Ini adalah sangat menjimatkatkan.

2. Mengawal Bau Dengan Baik

Kayu pine mempunyai properties yang mampu menyerap bau dengan baik… Malah apabila dia bertukar menjadi serbuk, ia dapat juga menyalut najis kucing sekaligus mengurangkan bau busuk.

3. Selamat Dan Tidak Membahayakan Kucing

Pine litter bebas dari bahan chemical yang merbahayakan kucing. Pasir bentonite mengandungi sodium bentonite dan silika yang mungkin tidak baik untuk kucing dalam jangka masa lama.

kucing-cat-pine

4. Senang Untuk Dibuang

Najis yang di scoop dari litter box menggunakan Pine Litter boleh terus dibuang kedalam toilet dan flush sahaja.. Jika anda menggunakan pasir bentonite jangan cuba-cuba buat begini, nanti tak pasal-pasal kena panggil plumber datang clearkan jamban yang tersumbat!

5. Kurang “Tracking”

Penggunaan pasir bentonite menghasilkan “tracking” dimana apabila kucing sudah menggunakan pasir, ia akan melekat dibulu dan tapak kaki mereka.. Kesannya, pasir ini akan jatuh dimana-mana kucing itu pergi.. Bayangkan kalau pasir tu jatuh atas katil anda.. Eeee geli kan. Dengan menggunakan Pine Litter dan litter box khas untuk pine.. Habuk-habuk kayu akan jatuh terus kebawah.. Dan yang tinggal cuma kayu pine yang fresh sahaja.

pine-cat-litter-box-lubang
Terdapat litter box khas dipasaran yang mempunyai lubang. Apabila pallet hancur, serbuk kayu pine akan jatuh kebawah meninggalkan kayu yang elok sahaja.

6. Tidak Berdebu

Pasir bentonite menghasilkan debu apabila di tuang kedalam cat litter box. Malah debu itu juga terhasil apabila kucing menggali pasir untuk mengambuskan najisnya. Debu-debu ini mungkin masuk ke paru-paru kucing.. Dan juga mungkin masuk ke paru-paru kita apabila kita menuang pasir baru ke litter box.

7. Ringan Dan Senang Untuk Dibawa

Antara kelebihan lain adalah Pine Wood sangat ringan untuk dibawa.. Bermakna anda tak perlu susah payah mengangkat pasir yang berat setiap kali pulang dari Cats Wonderland hehe 🙂

Alternative:

Kini terdapat juga alternative lain yang lebih murah dan berbaloi.. Wood Litter menggunakan kayu tempatan iaitu kayu meranti. Harga seguni besar di Cats Wonderland untuk 25kg cuma RM55 (harga ketika artikel ini ditulis, mungkin berubah-ubah). Kelebihan Meranti berbanding Pine adalah lebih susah nak hancur, dan lebih murah harganya. Tapi kemampuan dia memerangkap bau tidak sebaik Pine.

Jika anda rasa artikel ini AWESOME dan bermanfaat, sila SHARE dengan peminat kucing lain menggunakan button SHARE 😉

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1952 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kucing Anda Tak Suka Mandi? Tunggu Hingga Anda Lihat Telatah Kucing-Kucing Ni! (19 Gambar)

[PENTING] Jangan Potong Kuku Kucing Anda Sebelum Anda Membaca Artikel Ini!