in

COMEL WOW! LOL


7 Tips Mudah Mengurangkan Bau Litter Box

litter-box

Ramai pemilik kucing yang mengadu kepada kami tentang masalah bau yang datang dari litter box lebih-lebih lagi bagi mereka yang membela kucing di dalam rumah terutamanya yang tinggal di rumah apartment.

Sebenarnya ada beberapa cara efektif yang boleh anda gunakan bagi sekurang-kurangnya mengurangkan bau litter box di rumah anda. Nanti takde la tetamu yang datang tak selesa dengan bau itu.

1. Scoop setiap hari atau lebih kerap

scoop-najis-kucing

Najis yang baru dibuang oleh kucing mungkin tidak berapa busuk jika dibandingkan dengan najis yang telah terbiar lama. Oleh itu rajin-rajinkan diri untuk selalu scoop najis kucing anda. Walau sebaik manapun pasir yang anda gunakan, ia tetap tidak mampu menghilangkan bau najis itu jika ia berimbun-timbun dan tidak pernah dibersihkan!

2. Tukar makanan kucing anda

kucing-makan

Kebanyakkan punca bau busuk najis kucing adalah disebabkan oleh makanan yang anda beri kepada kucing. Makanan yang tidak berkualiti menyebabkan kucing anda makan dalam kuantiti yang lebih banyak (lambat kenyang) tetapi sukar dihadam, menjadikan najis mereka lebih banyak dan berbau.

Sebaliknya jika kita memberi kucing makanan berkualiti, kucing akan makan dalam kualiti yang sedikit (kerana mengenyangkan) namun ia dapat dihadam dengan baik menjadikan najis mereka tidak terlalu banyak dan busuk.

3. Tukar pasir kucing dengan kerap

Cleaning the cat litter box

Ramai orang rajin untuk scoop najis, namun malas untuk menukar pasir yang tersisa. Pasir perlu ditukar selalu kerana mungkin terdapat sisa-sisa najis yang tidak dapat di scoop. Sebaiknya tukar setiap seminggu sekali dengan pasir yang baru. Setiap seminggu buang semua sekali pasir yang ada di dalam litter box dan tuang pasir yang baru.

4. Menukar Litter Box Setiap Tahun

litter-box

Litter box yang kerap digunakan boleh memerangkap bau terutamanya di celah-celah calar akibat cakaran kucing. Oleh itu sebaiknya tukar litter box setahun sekali bagi mengurangkan bau yang melekat disitu.

5. Gunakan Deodorizer

litter-kucing-deodorizer

Terdapat banyak jenama “deodorizer” yang mampu mengurangkan bau najis kucing pada litter box. Selalunya deodorizer ini dalam bentuk powder @ bedak yang anda perlu taburkan pada litter box. Anda juga boleh gunakan sodium bikarbonat sebagai deodorizer. Cuma taburkan setiap kali anda scoop najis kucing anda.

6. Gunakan jenama yang berkualiti

everclean

Terdapat banyak jenama cat litter dipasaran. Ada yang mahal dan ada juga yang murah. Ada yang berkualiti tinggi, ada juga yang kurang berkualiti. Jika anda benar-benar mementingkan bau, kami syorkan anda “invest” sedikit dengan menggunakan litter yang lebih berkualiti. Litter yang berkualiti ini mungkin lebih mahal harganya namun ia dapat mengurangkan bau najis kucing dengan baik.

7. Letak litter box di kawasan terbuka

Persian Cat sniffing litter box

Litter box haruslah diletakkan dikawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.. Jika ia diletakkan di kawasan yang sempit dan tertutup menjadikan kawasan itu lebih busuk dan berbau. Jika perlu tambah kipas ekzos untuk menarik keluar bau yang kurang menyenangkan dari kawasan itu.

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1951 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kunkush: Sebuah Kisah Menakjubkan

[VIRAL] Apabila Kucing Berpakaian Seperti Lanun