in

COMEL NANGIS WOW! LOL GERAM


8 Perkara PENTING Yang Perlu Anda Buat Sebelum Tinggalkan Kucing Anda Di Rumah!

kucing-kena-tinggal

Anda nak balik beraya di kampung, tapi si comel takde siapa nak tengok.. Hmmm apa nak buat ya?

Sebenarnya kami tidak galakkan anda untuk meninggalkan kucing anda dirumah.. Sebaiknya jika anda ingin bercuti dalam tempoh yang lama.. 3 hari keatas misalnya.. Lebih baik anda hantarkan kucing anda ke pusat boarding seperti di Cats Wonderland Hotel.

Tetapi jika anda terdesak kerana boarding penuh dan tiada siapa yang sanggup tengokkan si comel, ada beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk memastikan kucing anda selamat dirumah.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tips agar percutian anda tidak diselubungi kerisauan memikirkan nasib si comel di rumah. InsyaAllah 🙂

PERINGATAN:

Jangan gunakan tips ini jika anda ingin tinggalkan kucing anda melebihi 3 hari. Sebaiknya hantarkan kucing anda ke pusat boarding.

8 Tips Meninggalkan Kucing Anda Di Rumah

1. Tutup Semua Pintu Atau Lubang Keluar

kucing-indoor

Jika kucing anda biasa keluar rumah, sebaiknya ketika anda bercuti ini pastikan dia duduk “indoor” bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di luar rumah. Jika perlu letakkan dia dalam satu bilik khas.

Kucing “outdoor” lebih mudah di timpa kecelakaan seperti dilanggar kereta ataupun diserang anjing atau kucing lain. Anda mesti tak tergamak untuk tinggalkan kucing anda sendirian diluar semasa anda sedang bercuti kan?

2. Sediakan Sekurang-Kurangnya 2 Auto Water Dispenser

water-dispenser

Air dapat disejat dengan cepat ketika cuaca panas.. Sediakan sekurang-kurangnya 2 dispenser sebagai “backup”… Mungkin ketika bermain, kucing anda terlanggar water dispenser pertama sehingga jatuh dan kering.. Sekurang-kurangnya ada satu lagi.

3. Sediakan Auto Food Dispenser

auto-food-dispenser

Penggunaan auto food dispenser dapat memberikan kucing anda makanan pada waktu-waktu yang tertentu pada jumlah yang anda inginkan. Dengan ini anda boleh set pemberian makanan kepada kucing anda dengan efektif supaya tidak berlaku pembaziran.. Takut-takut bila beri banyak sekaligus, kucing anda habiskan semua dalam satu hari! Pastikan juga makanan yang anda sediakan cukup untuk kucing anda.

4. Sediakan Makanan “Tak Sedap”

Mungkin bunyinya lawak, tapi ia dapat membantu kucing anda ketika waktu kecemasan bila makanan kegemarannya habis.

Anda pernah tak bagi kucing anda makanan kering baru, tapi dia tak suka? Bukan setakat tak makan.. Dia bau je.. Pastu terus blah macam tu je! Hehe mesti pernah kan? Ok sediakan makanan itu disatu sudut rumah anda… Pada hari-hari pertama ia akan mengabaikan makanan itu.. tetapi apabila makanan yang digemari kucing anda terhabis lebih awal dari jangkaan, ia terpaksa juga makan makanan yang tak sedap tu bila lapar 🙂

5. Sediakan Litter Tray Dengan Litter Berkualiti

kucing-cat-pine

Jika anda ingin tinggalkan kucing anda sebaiknya sediakan litter tray dengan litter yang lebih berkualiti tinggi.. Ini kerana litter @ pasir yang berkualiti akan lebih cepat clump dan mengurangkan bau najis. Litter biasa tidak mempunyai kemampuan untuk clumping dengan baik jika tidak diselenggara setiap hari (scoop). Jika perlu sediakan lebih dari 1 litter tray.

6. Tinggalkan Baju Anda Yang Telah Dipakai

bau-kucing

Kucing kenal dengan bau tuannya.. Sediakan baju anda yang telah dipakai sebagai “peneman”. Bau itu akan menjadikan kucing anda lebih tenang dan rasa selamat. Jangan bau busuk ketiak “hangit” sudahlah ya hahaha! xD

7. Sediakan Mainan Yang Bersesuaian

permainan-kucing

Berikan kucing anda mainan untuk bermain agar dia tidak kebosanan dirumah.. Antara permainan-permainan yang boleh anda sediakan adalah yang melibatkan bola dalam track seperti gambar diatas, cat tree ataupun scratcher. Mainan-mainan ini mampu membuatkan kucing anda leka bermain dan menghilangkan kebosanan mereka 🙂

8. Pastikan Pencahayaan Dan Suhu Rumah Anda Terbaik

kucing-peti-ais

Pasang lampu yang bersesuaian untuk kucing anda.. Jangan terlalu gelap dan murung. Jika anda ada penyaman udara, anda boleh set timer untuk buka pada waktu-waktu tertentu ketika cuaca panas. Ditakuti jika cuaca terlalu panas dan pengaliran udara rumah anda tidak begitu baik, kucing anda akan mudah terkena strok haba.

Jika anda rasa artikel ini “cool” dan bermanfaat, sila share dengan cat lover lain menggunakan butang SHARE. Jangan lupa untuk LIKE page kami untuk lebih banyak artikel menarik 🙂

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1953 points
Upvote Downvote

Total votes: 7

Upvotes: 4

Upvotes percentage: 57.142857%

Downvotes: 3

Downvotes percentage: 42.857143%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kehidupan Pemuzik Jalanan Ini Berubah 180 Darjah Setelah Menyelamatkan Seekor Kucing

[VIRAL] Cat Lover! Jangan Baca Artikel Ini Jika Anda Baru Lepas Makan!