in ,

COMEL NANGIS WOW! LOL GERAM


[PENTING] Baca Artikel Ini Sebelum Memotong Bulu Kucing Anda

kucing-comel

Membela kucing mengajar erti dedikasi dan tanggungjawab.. kerana kita menjaga makhluk yang bernyawa. Seperti manusia, kucing juga perlukan penjagaan yang baik. Cuba bayangkan jika kita tak syampu rambut selama sebulan, pastu tak mandi.. Mesti busuk dan kotor kan? Sama juga dengan kucing, jangan abaikan aspek kebersihan pada kucing anda.

Bagi kucing berbulu panjang, digalakkan untuk grooming sekurang-kurangnya sebulan sekali dan pastikan juga anda menyikat bulu kucing anda seminggu sekali bagi mengelakkan bulunya bergumpal atau dalam istilah bahasa inggeris dipanggil “matted”.

Apabila bulu kucing telah “matted” kadangkala mustahil untuk merungkaikannya kembali. Cara terbaik untuk membuangnya adalah dengan memotong sahaja kawasan yang bergumpal itu.

matted-fur
Contoh kucing yang bulu “matted” atau bergumpal teruk di belakang
catgrooming
Menyikat bulu kucing anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dapat menghindari masalah bulu bergumpal

Bulu yang “matted” dan bergumpal boleh menyakitkan kucing anda.. Semasa bulu mula bergumpal, ia akan bergumpal di bahagian hujung. Apabila bulu yang bergumpal itu merebak dan membesar, ia akan semakin rapat ke bahagian kulit kucing. Jika gumpalan itu terlalu rapat dengan kulit, tiada cara lain untuk membuang gumpalan itu selain dari mencukur botak kucing anda menggunakan teknik “lion cut”. Lion cut boleh dibuat di pet shop ataupun vet dengan bayaran dalam RM70.

lion-cut
Banyak kucing yang dicukur untuk membuang bulu yang bergumpal. Ianya dipanggil “lion cut”.

Semasa ianya baru bergumpal, lebih baik anda memotongnya terus.. Jangan tunggu sehingga ianya merebak sehingga rapat ke kulit..  Seboleh-bolehnya elakkan sehingga gumpalan menjadi teruk. Namun begitu ada caranya untuk memotong bulu kucing anda. Jika tersilap potong dikhuatiri terkena dan melukakan kulit kucing yang lembut.

Dalam artikel ini kita akan melihat cara-cara memotong bulu kucing yang bergumpal dengan selamat. Cuba anda lihat gambar dibawah.. Sebelum memotong bulu kucing, pastikan anda meletakkan sikat diantara kulit dan gumpalan, barulah anda potong gumpalan tersebut.. Dengan ini anda mengurangkan risiko melukakan kulit kucing anda.

bulu-kucing-bergumpal

Buang semua gumpalan yang ada pada badan kucing anda.. Kemudian sikat semua bulu untuk pastikan semua bulu kucing terungkai. Sebagai langkah penjagaan, anda dinasihatkan untuk menyikat bulu kucing anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan semua pencinta kucing… Jika kita benar-benar seorang pencinta kucing, pastikan kucing dibawah jagaan kita berada di dalam keadaan baik. Mereka kan sebahagian dari keluarga kita 🙂

SHARE Artikel Ni!

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1950 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 25.000000%

Downvotes: 3

Downvotes percentage: 75.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[VIRAL] Cat Lover! Jangan Baca Artikel Ini Jika Anda Baru Lepas Makan!

[VIRAL] Anak Kucing Jalanan Ini Tinggal Bersama 5 Ekor Ferret.. Apa Yang Berlaku Seterusnya Sungguh Mengejutkan!