empat-telinga-5

Sekali lihat pasti ramai yang menyangkan kucing ini telah di-photoshop-kan sehingga kelihatan mempunyai 4 telinga. Kami pun berfikir yang sama..

Sehinggalah kami membuat sedikit kajian di Google dan mendapati kucing bertelinga 4 bukanlah pertama kali muncul. Malah ianya pernah direkodkan dalam akhbar bertarikh 28 November 1938 dimana seekor kucing di Ohio USA bernama Toots dilahirkan dengan empat telinga.

4-telinga

Lebih mengejutkan lagi Toots yang kemudiannya mengandung, melahirkan dua anak bernama Punch dan Judy yang juga mempunyai 4 telinga!

Ada yang beranggapan kucing bertelinga empat adalah disebabkan mutasi genetik dan boleh diturunkan kepada anak-anak mereka.

Selepas itu direkodkan lagi beberapa kelahiran kucing yang juga mempunyai 4 telinga.

  • Seekor kucing show british pada tahun 1990
  • Joey, dilahirkan tahun 2003
  • Lilly, seekor anak kucing yang dijaga di sebuah pusat perlindungan kucing di German pada March 2004.
  • Kucing yang lahir di England pada awal 2004 yang diberi nama Bugs-A-Lugs yang diberikan nama jolokan “Freaky”
  • Seekor lagi anak kucing yang lahir pada oktober 2004  yang dilahirkan oleh ibu Bugs-A-Lugs
  • Yoda dan Ted yang lahir pada may 2007 di Illinois Amerika

empat-telinga-1

empat-telinga-7

empat-telinga-6

Kucing yang mempunyai 4 telinga memang benar-benar wujud.. Namun ianya sangat jarang berlaku. Walaupun telinga mereka ada 4 namun begitu pendengaran mereka sama seperti kucing-kucing biasa.

SHARE artikel ini dengan pencinta kucing lain dengan menekan butang dibawah

Tulis Komen Anda Dibawah

Filed under: Viral

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!