Ramai mama dan papa bulus yang bertanya kepada kami di Cats Wonderland cara-cara memotong kuku kucing. Pernah juga yang cuba potong sendiri tapi sudahnya kuku kucing dia berdarah! Fuh! takut dibuatnya.. Jangan risau.. Sebenarnya memotong kuku kucing ni “simple” je… Sebelum kami terangkan biar kami beritahu kepentingan memotong kuku kucing…
Perlu Ke Potong Kuku Kucing?
Kuku kucing perlu ditrim dari semasa ke semasa kerana jika tidak ia akan memanjang dan mencederakan kucing itu. Kuku yang terlalu panjang atau “ingrown” boleh mencucuk tapak kaki kucing seperti gambar dibawah..
Kesian kan? Nak jalan pun susah.

Bagaimana Memotong Kuku Kucing?
Sebelum nak potong kuku adalah penting untuk anda mengetahui struktur kuku kucing… Cuba awak belek2 kuku kucing tu.. tekan kuku dia dari atas bagi mengeluarkan kuku kucing.. Anda akan perhatikan ada bahagian kuku yang warna putih/jernih.. Dan ada yang warna merah/pink (lihat gambar).

Warna merah atau pink itu dipanggil “quick” yang mengandungi salur darah.. Biasanya jika anda terpotong quick, kucing akan sakit dan darah akan keluar. Seeloknya anda berhati-hati dengan cuma memotong kuku yang bewarna putih/jernih sahaja.

Untuk memotong kuku kucing, anda boleh gunakan pemotong yang khusus untuk kucing seperti gambar dibawah. Kalau boleh elakkan dari menggunakan pemotong kuku manusia, kerana ia boleh “memenyekkan” kuku yang rapuh dan menjadikan kuku kucing bercabang dihujung.
Bagaimana Kalau Tersilap Potong Dan Kuku Berdarah?
“Accidents happen”, kita kadang-kadang tersilap potong.. Atau terlebih potong sehingga kena pada quick. Jika ianya terjadi jangan panik.. Gunakan bedak atau letak ais di kuku yang berdarah bagi menghentikan pendarahan. Ais yang sejuk akan mengecutkan salur darah bagi menghentikan pendarahan.
EXTRA TIPS
Bagaimana caranya untuk memotong kuku kucing yang garang, atau yang tidak memberi kerjasama?
Ada satu tips yang kami boleh bagi.. Cuba potong kuku semasa mandikan kucing.. Seeloknya mandikan kucing itu dengan air suam (basahkan) dan potong. Kucing pasti akan lemah umpama Superman terkena Kryptonite (banyak tengok DVD ni). Tapi AWAS! Jangan mandikan kucing dengan air sejuk sebab nanti kucing akan lebih mengganas @ menggelupur… Takut kuku dia pula terbenam di kulit anda! :p
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share menggunakan butang SHARE dibawah. Jangan lupa untuk LIKE page kami untuk lebih banyak artikel menarik.