in

COMEL LOL GERAM


Kenapa Kucing Pancut? Ini 5 Cara Mudah Untuk Mengatasinya!

kucing-pancut

Kalau anda dah bela kucing, terutamanya yang jantan, untuk tempoh masa tertentu, anda mesti akan perasan perangai kucing jantan yang suka memancut.

Kadangkala dia pancut dekat sofa, dinding atau mana-mana objek yang vertikal. Bila ia terjadi stress dibuatnya, habis satu rumah bau kencing kucing 🙁

Apakah sebenarnya yang mendorong kucing memancut dimerata-rata tempat?

Ramai yang salah anggap kucing memancut adalah kerana dia ada masalah tidak pandai menggunakan litter box. Tapi sebenarnya bukan! Kucing itu bukan tak pandai guna litter box, dia bukan nak kencing pun, dia memancut adalah untuk menandakan kawasan.

Ia biasanya terjadi apabila kucing jantan telah mencapai umur yang sesuai untuk mating, biasanya dalam umur 5-12 bulan.

Kebanyakkan kucing jantan memancut adalah untuk memberitahu kucing jantan lain bahawa ini kawasannya.. Seolah-olah macam papan tanda besar “dilarang masuk, penceroboh akan ditembak!” :p

Memancut atau marking ini juga boleh terjadi jika kucing stress.. Sebagai contoh, jika persekitarannya “terganggu” seperti perubahan pada susun atur tempat tidur dan litter box dan ia mungkin menjadi lebih teruk jika ada kucing lain yang datang ke kawasannya.

Anda jangan risau.. Bukan kucing anda bermasalah pun.. Sebab ini adalah sifat semulajadi kucing.

Bukan kucing sahaja, “Big Cats” seperti Harimau dan Singa juga memancut!

harimau-memancut
Pak Belang memancut untuk menandakan kawasan. Jangan berani-berani datang sini ya 🙂
singa-memancut
Alamak! Raja Rimba pun memancut merata gak? Tak senonoh betul!

Setelah kita mengetahui sebab-sebab kucing memancut, jom kita tengok solusinya.. Macam mana nak bagi diorang tak pancut lagi.. 🙂

5 Tips Menanggani Masalah Kucing Pancut

1. Spay/Neuter atau Kasi kucing anda

Anda boleh mula meng”kasi” kucing anda seawal umur 6 bulan. 90% kucing yang dikasi akan berhenti memancut jika ianya dilakukan lebih awal.

2. Elakkan Kucing Anda Dari Terlihat Kucing Lain

Sifat semulajadi kucing dewasa akan memancut untuk menandakan kawasan apabila terlihat kucing lain (contohnya kucing liar diluar rumah). Halang pandangan kucing anda dari terlihat kucing-kucing stray diluar rumah anda. Seeloknya anda sediakan alat-alat permainan di dalam rumah seperti cat tree untuk mengelakkan kucing anda bosan dan ingin keluar.

cat-tree-kucing
Cat Tree seperti ini dapat membantu kucing bermain dan bersenam didalam rumah.

3. Elakkan Kucing Anda Dari Stress

Kucing adalah haiwan yang “habitual” bermakna dia tidak kisah melakukan perkara rutin berulang-ulang setiap hari. Sebarang perubahan dalam hidupnya akan membuatkan dia stress dan stress itu boleh membuatkan dia memancut. Jika anda ingin mengalih perabut, pastikan jangan melakukannya dengan drastik, sebab kucing anda mungkin tidak selesa!

4. Biarkan Kucing Anda Berbaik-Baik Sesama Mereka

Jika anda ingin mengenalkan kucing baru kedalam rumah, lakukannya dengan sabar dan perlahan agar kucing sedia ada tidak stress dengan kehadiran kucing baru.

Lakukan aktiviti agar mereka dapat sentiasa bersama-sama, contohnya bermain bersama, makan bersama-sama agar mereka lebih akrab dan tidak bergaduh.

5. Gunakan Spray Khusus

Terdapat spray dipasaran yang boleh membuatkan kucing tidak memancut. Spray ini menghasilkan bau yang tidak disukai oleh kucing menjadikan ia tidak menghampiri tempat tersebut. Spray di tempat-tempat tertentu yang dia sering pancut seperti di sofa, dinding dan lain-lain.

EXTRA TIPS

nodor
Cubalah gunaka Nodor. InsyaAllah bau kencing kucing akan hilang

Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan bau kencing kucing?

Jika kucing anda terpancut dimana-mana perabut rumah anda sehingga mendatangkan bau yang tidak enak, seeloknya anda basuh terlebih dahulu bagi menghilangkan najis.. Takut nanti jika anda nak solat dan terpijak najis terbatal pulak.

Kemudian spray di tempat dia pancut itu dengan Nodor, produk khusus dari Hartz (lihat gambar). Produk ini memang berkesan untuk menghilangkan bau kencing kucing.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share menggunakan butang SHARE dibawah. Jangan lupa untuk LIKE page kami untuk lebih banyak artikel menarik 🙂

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1951 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[PENTING] Jangan Potong Kuku Kucing Anda Sebelum Anda Membaca Artikel Ini!

[TRIVIA] 5 Baka Kucing Termahal Di Dunia. No 5 Memang GILA Harganya!