Kucing Russian Blue bernama Kevin ini dijumpai dalam keadaan tenat ketika berumur 4 minggu di sebuah tempat parking kereta. Apabila dibawa ke Vet, doktor meramalkan ia hanya mampu hidup selama 6 bulan.
Kevin terkena penyakit Hydrocephalus dimana air berkumpul di bahagian otak yang memberikan efek kepada pendengaran, penglihatan dan fungsi otak. Walaupun Kevin tidak normal seperti kucing lain namun tuannya, Tailah, menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Sungguh mengejutkan walaupun diramal tidak mampu hidup lama, namun kuasa tuhan mengatasi segalanya. Kevin kini sudahpun berumur 4 tahun dan sihat seperti kucing lain.
Selamat hari jadi Kevin!