in

NANGIS GERAM


Kunkush: Sebuah Kisah Menakjubkan

kunkush

Seperti sebuah kisah pengembaraan epik, kisah Kunkush si kucing putih mendapat perhatian dunia. Semuanya bermula apabila pemilik Kunkush terpaksa meninggalkan negaranya Iraq yang huru-hara akibat perperangan.

Dari Mosul, Iraq mereka berhijrah ke Greece membawa kucing kesayangan mereka bersama-sama di atas bot. Dalam kekalutan ketika bot mendarat, Kunkush hilang tanpa kesan menyebabkan keluarga ini teramat sedih. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Norway tanpa Kunkush di sisi.

kunkush2

Kunkush ditemui oleh seorang nelayan dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus. Malah ada kesan-kesan luka seperti diserang kucing lain. Bulunya yang dulu putih kini bertukar hitam dan kotor. Kunkush kemudiannya dijaga dan diberi makan oleh penduduk setempat dan diberi nama Dias.

kunkush3

kunkush5

Mengetahui kisah Kunkush @ Dias beberapa sukarelawan dari Amerika mula menggunakan media sosial untuk mencari keluarga Kunkush @ Dias. Pencarian mereka menjadi viral sehingga mereka dapat mengesan kedudukan keluarga Kunkush di Norway.

Dengan bantuan orang ramai menerusi laman meraih dana GO FUND ME mereka berjaya mengumpulkan dana untuk membawa Kunkush ke Norway. Akhirnya Kunkush ditemukan semula dengan tuannya walaupun telah terpisah beribu batu.

kunkush4

 

Kunkush: REUNIONKunkush seekor kucing yang terpisah beribu batu dari tuannya dipertemukan semula dengan suasana yang sebak dan menyayat hati. Baca lebih lanjut tentang kisah Kunkush disini: http://www.catswonderland.my/kunkush-sebuah-kisah-menakjubkan/

Posted by Cats Wonderland on Sunday, March 6, 2016

Video pertemuan mereka viral di media sosial dan disifatkan begitu menyentuh hati. Perjalanan Kunkush dengan bantuan orang ramai boleh dikatakan satu contoh sifat kemanusiaan yang tinggi walaupun berlainan bangsa dan agama.

 

Share Article Ini Dengan Cat Lover Yang Lain Menggunakan Butang Dibawah

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1952 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[VIRAL] Kisah Otto Si Kucing Down Syndrome

7 Tips Mudah Mengurangkan Bau Litter Box