in

COMEL NANGIS WOW! LOL GERAM


Mengapa Kucing Jantan “Memanjat” Kucing Jantan Yang Lain?

Lepas kerja seharian tak sabar rasanya nak balik rumah dan bermain dengan kucing-kucing kesayangan.

Buka sahaja pintu rumah alangkah terkejutnya korang apabila ternampak kucing jantan korang sedang “memanjat” kucing jantan yang lain dalam posisi mengawan.

Masyarakat!

Mengucap panjang tak menyangka kucing pun ada perangai luar tabii.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah kucing anda tiba-tiba berubah naluri seksual menjadi homoseksual?

Sebelum anda menghantar kucing anda untuk sesi kaunseling dan pemulihan, baca dahulu sebab-sebab ini.

KUCING MENYATAKAN DOMINASI

Kucing jantan bersifat dominan dan sangat pantang apabila ada seekor lagi jantan dalam kawasan yang sama.

Kucing jantan yang dominan ini akan seringkali cuba “tunjuk kuasa” dengan memancutkan kencingnya (marking) pada dinding, cari pasal (bergaduh) atau dalam kes tertentu menindas (panjat) kucing jantan yang lain.

Cam boss tak?

Perangai seperti ini bukanlah asing dalam dunia haiwan. Bahkan juga terjadi pada haiwan seperti anjing, kambing dan ayam.

Jangan salah anggap mereka nak mengunyit pula.

ADAKAH BERLAKU PENETRASI PADA DUBUR KUCING JANTAN LAIN?

Persoalannya sekarang apabila kucing jantan memanjat kucing jantan yang lain adakah berlaku penetrasi pada dubur kucing yang dipanjat?

Jawapannya TIDAK. Bahkan sampai ke peringkat mustahil! Impossibruuu!

Ini kerana apabila seekor kucing betina bersedia untuk mengawan dia akan melentikkan badan dan mengangkat punggungnya bagi memudahkan penetrasi dari kucing jantan.

Bila tindakan sama dilakukan kepada kucing jantan yang lain, kucing jantan tak mungkin melentikkan badannya seperti kucing betina menjadikan penetrasi sangat mustahil.

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK ELAKKAN PERKARA INI DARI BERLAKU?

Adakah satu das penampar diwajah mampu meng-insof-kan beliau agar segera bertaubat?

Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi adalah dengan memandulkan kucing jantan anda sebaik sahaja sampai umur yang sesuai.

Biasanya pada umur 6 bulan.

Apabila kita memandulkan kucing jantan, hormon testosterone pada kucing itu akan menurun secara berperingkat dan ia biasanya memakan masa beberapa minggu.

Apabila hormon itu rendah tabiat seperti ini akan berkurangan.

TIPS TAMBAHAN: Anda juga boleh memakaikan loceng kepada kucing jantan dominan agar kucing jantan yang kurang dominan ini dapat menyedari kehadiran kucing itu dan sempat lari sebelum dikerjakan.

SHARE dengan kawan-kawan artikel ni.

Jangan lupa LIKE page Cats Wonderland untuk lebih banyak artikel best.

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

302 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Tanda Kucing Korang Sayang Kat Korang