in

NANGIS WOW!


Panduan LENGKAP Menjaga Anak Kucing Yang Kehilangan Ibu

anak-kucing

copyright

Jiwa seorang pencinta kucing begitu mudah tersentuh apabila melihat anak kucing yang kecil berkeliaran tanpa ibu. Ini kerana kita tahu; Jika anak kucing ini tidak dijaga – 80% kemungkinan kucing itu tidak mampu hidup sehingga dewasa.

Kucing yang masih kecil sangat sensitif dan perlukan penjagaan yang rapi.. Malah jika di biarkan dia boleh menjadi mangsa kucing jantan yang lebih besar dan berisiko tinggi dilanggar kereta ataupun mati kelaparan :'(

Jadi sebagai seorang pencinta kucing kita lazimnya akan membawa balik kucing itu untuk dijaga. Walaupun niat anda murni tetapi nanti dulu! Jangan terus ambil kucing tu.

Pastikan terlebih dahulu kucing itu benar-benar tidak mempunyai ibu! Banyak anak kucing yang dipisahkan dari ibunya kerana kita menyangka ibunya tiada. Sedangkan mungkin ibunya meninggalkan anaknya untuk sementara waktu sahaja.

Ingat jangan jadi pemisah antara anak dengan ibu!

Bagaimana Nak Tahu Kucing Itu Ditinggalkan?

anak-kucing-5

Satu cara untuk pastikan kucing itu tidak ber-ibu adalah dengan melihat sarang anak kucing itu dan dengan melihat pada anak kucing itu sendiri.

Anak kucing yang ber-ibu biasanya gemuk dan bersih. Ini kerana seekor ibu akan menjilat kotoran pada anaknya.

Jika anak kucing itu gemuk, bermakna mereka telah mendapat cukup susu dari si ibu. Jadi jangan pandai-pandai nak ambil walaupun comel.

Lainlah jika sarangnya kotor dengan najis dan kita dapati anak-anak kucing itu kurus dan mengiau-giau dengan begitu kuat kerana kelaparan – besar kemungkinan kucing itu tidak ber-ibu.

Langkah Pertama Bila Menjaga Anak Kucing

Anak kucing haruslah mendapat haba yang secukupnya.

Jika ibunya masih ada mereka biasa merasa kehangatan dari badan si ibu. Pastikan dia diletakkan didalam kotak yang mempunyai kain bagi mengelakkannya dari kesejukan.

Jika anda mempunyai heating pad gunakan dengan melilit kain pada heating pad itu dan letakkan di dalam kotak.

Satu tips yang boleh anda gunakan adalah dengan meletakkan jam meja analog yang “ticking”. Bunyi “ticking” itu umpama bunyi degupan jantung bagi anak kucing itu dan mampu menenangkannya.

Makanan Pertama Untuk Anak Kucing

anak-kucing-3

Kucing biasanya meminum susu ibunya sehingga 4 minggu.. Jadi jika anda terjumpa kucing yang masih kecil, pastikan dia diberikan susu.

Tetapi ingat jangan beri sebarang susu!

Ramai orang tersilap dengan memberikan anak kucing susu lembu. Susu lembu tidak baik kepada anak kucing kerana nutrisinya sukar untuk diserap oleh anak kucing malah kandungan susu lembu juga mempunyai lactose yang mampu membuatkan anak kucing cirit birit!

Susu terbaik yang anda boleh diberikan kepada anak kucing adalah susu kambing. Susu ini tidak mempunyai lactose dan boleh diserap dengan baik oleh anak kucing.

Ramai pakar berpendapat susu kambing adalah susu yang terhampir dengan susu ibu!

Anda boleh dapatkan susu kambing di Cats Wonderland. Kami menjual pelbagai jenis susu kambing pelbagai jenama.

anak-kucing-2

Anda juga perlu membeli botol susu khusus untuk anak kucing.

Botol ini lebih kecil dari botol susu biasa dan putingnya lembut untuk anak kucing minum dengan selesa.

Apabila anda membeli botol susu ini pastikan anda menebuk lubang pada hujung puting menggunakan gunting.

Kucing berumur 1 minggu harus diberikan susu setiap 2-3 jam sekali, kucing berumur 2 minggu harus diberikan setiap 4-6 jam sekali manakala kucing berumur 3 minggu setiap 6-8 jam sekali.

Berikan susu sehingga kucing berumur 4 minggu. Kemudian anda boleh memperkenalkan makanan semi solid.

Sebagai contoh berikan Royal Canin Mother & Baby seperti gambar dibawah. Produk ini dicipta khusus untuk anak kucing berumur 4 bulan kebawah. Saiznya juga lebih kecil dan senang dimakan oleh anak kucing.

royal-canin-mother-and-baby

Cara untuk berikan makanan ini pada peringkat awal adalah dengan meletakkan sedikit air suam dan melenyek makanan itu menjadi seperti bubur.

Apabila kucing anda telah besar sedikit, anda boleh terus memberikan makanan ini tanpa mencampurkannya dengan air.

Berikan makanan ini sehingga kucing berumur 4 bulan. Selepas itu anda boleh terus berikan kitten food sehingga kucing berumur 1 tahun.

Litter Training dan Urutan

anak-kucing-4

Anak kucing biasanya dijilat oleh ibunya dibahagian dubur bagi mensimulasi deria mereka untuk membuang air besar dan kencing.

Jika mereka tak ber-ibu tugas itu harus dilakukan oleh anda! Hehe jangan risau anda tak perlu jilat – cuma perlu menggunakan tangan untuk mengurut perut anak kucing.

Urut dibahagian bawah perut dan jika perlu gunakan kapas pada dubur bagi membuatkan anak kucing terasa untuk membuang air besar. Lakukannya ketika kucing berumur 1-2 minggu.

Apabila kucing berumur 4 minggu biasanya mereka sudah boleh menggunakan litter box.. Tugas anda adalah untuk mengajarkan kepadanya cara menggunakan litter box itu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meletakkan kucing kedalam litter box setiap kali mereka selesai makan.

Jika perlu pegang tangan kucing dan gunakannya untuk kais pasir dalam litter box seolah-olah anda mengajar dia mengais. Kucing biasanya akan tahu sendiri dan mengais pasir untuk membuang air besar.

Penjagaan Kutu & Kebersihan

Anak kucing mudah dihinggap kutu jadi anda haruslah sentiasa memerhatikan badan kucing jika terdapat tanda-tanda kutu seperti debu-debu hitam.

Kadangkala kutu itu boleh dilihat merayap diseluruh badan kucing!

anak-kucing-6

Apa yang anda boleh buat adalah dengan mendapatkan ubat kutu yang selamat untuk anak kucing.

Biasanya ia diperbuat daripada herba dan jenis spray jadi tidak membahayakan anak kucing. Boleh dapatkan di Cats Wonderland atau kedai kucing yang berdekatan dengan tempat anda.

Anak kucing lebih mudah terkena kurap kerana badan mereka lebih lembap akibat dari tumpahan susu – ianya biasa, jangan risau.

Jadi pastikan tempat tidur anak kucing sentiasa dibersihkan dan jika boleh lap badan kucing sentiasa dengan tuala lembap sesudah minum susu dan biarkan ia kering sendiri.

Jika ada kurap gunakan ubat kurap pada padan kucing sebelum ia merebak lebih banyak.

Mengubati Masalah Cacing

anak-kucing-7

Anak kucing kadangkala boleh mengalami masalah cacing jika si-ibu juga mempunyai cacing.

Ia boleh dipindahkan juga kepada anak kucing yang dilahirkan. Jadi jangan pelik jika anak kucing dibawah jagaan anda terdapat cacing.

Antara tanda-tanda cacing adalah seperti perut buncit dan badan yang kurus walaupun diberi makanan yang cukup. Anda juga boleh melihat tanda seperti tanda putih kecil seperti nasi kecil yang banyak pada dubur kucing dan pada najisnya.

Anda boleh dapatkan ubat cacing jenis cecair kerana ia lebih mudah diberikan kepada anak kucing. Antara jenama yang kami cadangkan adalah Bexton Wormnil.

Kasih Sayang

anak-kucing-8

Mengikut kajian, kucing yang dijaga oleh tuannya dengan penuh kasih sayang lebih setia dan menyayangi tuannya.

Jadi berikan kasih sayang sepenuhnya kepada kucing itu sehingga dewasa.

Anda akan jatuh cinta dengan telatahnya dan menerimanya menjadi ahli keluarga anda sendiri. Jangan terkejut kerana anda akan menyayangi kucing itu seperti anak anda sendiri!

Kesimpulan

Menjaga anak kucing bukan mudah, namun ia mampu dilakukan dengan memberikan sepenuh perhatian kepada anak kucing itu.

Dengan panduan ini kami berharap anda dapat memastikan kucing jagaan anda mampu membesar dengan baik walaupun tidak mempunyai ibu.

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1953 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenapa Kucing Memakan Anaknya Sendiri? – 4 Sebab Yang Perlu Anda Tahu!

Caracal: Kucing Unik Dan Comel Dari Afrika