Kisah ini berlaku di Belgorod Oblast iaitu sebuah daerah di Russia. Kucing ini pada mulanya di rakam pada tahun 2015.
Dilaporkan pemilik kucing malang ini pernah tinggal di kawasan ini sebelum berpindah setelah menjual apartmentnya.. Dia pergi membawa segala barang2 berharga, tetapi malang sekali dia meninggalkan kucingnya sendirian yang jauh lebih bernilai.
Orang ramai melihat kucing ini mengejar kereta tuannya sehingga kepenatan. Tuannya terus berlalu pergi dan tidak kembali lagi.. Semenjak dari itu kucing ini setia menunggu di tempat yang sama.. Di atas penutup longkang ini.
Kisah ini mengajar kita tentang erti tanggungjawab dan kesetiaan haiwan kepada manusia.
Sebab itulah kita kena selalu berbuat baik pada kucing stray.. Kita tak tahu kisah hidupnya yang lampau. Mungkin dia pernah dikasihi, disayangi dan diberi makan yang baik sebelum dibuang oleh pemilik yang tak bertanggungjawab.