in ,

COMEL NANGIS WOW! LOL GERAM


[TRIVIA] 5 Baka Kucing Termahal Di Dunia. No 5 Memang GILA Harganya!

kucing-kaya

Kucing adalah haiwan kesayangan manusia zaman berzaman. Baginda Rasulullah s.a.w. juga ada membela kucing dan baginda begitu sayangkan kucingnya.

Pada zaman kini, kucing semakin diminati, rata-rata peminat kucing tidak kisah berbelanja besar untuk kucing kesayangan.. Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan wang yang besar untuk mendapatkan kucing baka asli (pedigree) yang mahal harganya.

Dalam artikel Cats Wonderland kali ini, kita akan melihat kepada 5 baka kucing termahal didunia yang menjadi rebutan ramai peminat kucing. Jangan terkejut harganya mungkin lebih tinggi dari gaji kita setahun!

1. Peterbald Cat

kucing-peterbald

Kucing Peterbald yang kelihatan seperti alien ini memerlukan penjagaan yang rapi. Ini kerana badannya tidak berbulu seperti kucing biasa. Sudahlah penjagaannya sukar, harganya pun mahal! Seekor kucing Peterbald ini boleh  mencecah sehingga $1000-$5000 (RM3700-18,800)!

2. Persian

kucing-parsi

Kucing Parsi merupakan antara kucing yang terkenal di dunia.. Malah di Malaysia sendiri kucing ini digilai kerana bulunya yang panjang dan gebu. Penjagaannya juga tidaklah mudah kerana anda perlu sentiasa grooming dengan menyikat bulunya, jika tidak bulunya senang bergumpal. Harga seekor kucing Parsi asli boleh mencecah $1000-$6000 (RM3700-22500)!

3. Bengal

kucing-bengal

Satu lagi kucing yang unik dan cantik. Sekali tengok macam harimau bintang.. Tapi bila datang dekat, manja pulak. itulah kucing bengal yang sangat aktif (dan mahal!). penjagaan bengal lebih mudah kerana ianya berbulu pendek.. Namun begitu dietnya perlu dijaga kerana kucing bengal terlajak aktif. Harga bengal bergantung kepada coraknya.. Iaitu marble, spotted dan rosetted. Yang paling mahal adalah corak Rosetted seperti gambar diatas. Harga kucing bengal boleh mencecah dari $1000-$10,000 (RM3700-37000)!

4. Savannah

kucing-savannah

Sekali imbas, kucing Savannah ini sepatutnya cuma dilihat dari belakang tirai besi! Masakan tidak! Rupanya menggerunkan seperti harimau liar, seolah-olah mampu membaham manusia sesuka hatinya. Namun begitu kucing ini sebenarnya sudah di “domesticated” dan jinak.. namun begitu sifat “liar”nya masih ada. Kucing Savannah perlu selalu bermain untuk menjaga kesihatannya.. Kucing ini boleh mencecah dari $15,000-$20,000 (RM56,400-75,000)! Gila!

5. Ashera

kucing-ashera

Namanya bukan main “ayu” lagi.. Macam perempuan. Tapi rupanya begitu “intimidating”! Kucing ini adalah hasil gabungan Asian Leopard Cat (ALC), Kucing Serval Afrika dan Kucing Domestic.. Dan hasilnya kucing yang rupanya cukup ganas, bersaiz besar (boleh mencecah 4 kaki panjang!) dan sangat aktif. Itulah Ashera kucing hybrid yang termahal didunia. Berapa harganya? $27,950 ataupun dalam Ringgit Malaysia cuma RM105189 jerrrr uols.. Terlepas pastu kena ambik kat orang, setahun menangis tak berlagu haha.. Makan meggi berkuah air mata hahaha.

Kesimpulannya, walaupun banyak jenis kucing diluar sana.. Jangan nak bela kucing semata-mata kerana dia cantik (atau mahal) sahaja. Menjaga kucing adalah satu komitmen.. Makanan perlulah yang baik-baik.. kesihatan mereka perlu dijaga.. Kena sentiasa grooming. Seeloknya adopt kucing terbiar yang banyak dijalanan, insyaAllah rezeki anda dimurahkan olehNya 🙂

Tulis Komen Anda Dibawah

What do you think?

1952 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenapa Kucing Pancut? Ini 5 Cara Mudah Untuk Mengatasinya!

Kehidupan Pemuzik Jalanan Ini Berubah 180 Darjah Setelah Menyelamatkan Seekor Kucing