Tahukah anda.. Kucing juga mengalami down syndrome? Namun begitu down syndrome dikalangan kucing adalah sangat “rare”.. Baru-baru ini seekor kucing down syndrome telah dilahirkan di Turki.
Ini adalah Otto, the down-syndrome kitten. Otto dilahirkan di Ankara Turki dan disahkan mengalami down syndrome berdasarkan struktur dahinya dan bentuk wajahnya yang berbeza dari kucing yang lain.
Kelahiran Otto mendapat liputan media dan perhatian masyarakat Turki. Otto sangat manja dan dijaga oleh sebuah hospital pakar kucing di Ankara.
Pada 13 July 2015, Otto makan seperti biasa, membuang air besar dan kencing seperti biasa. Tiada tanda sakit atau sesuatu yang pelik pada Otto.
Tetapi pada tengah hari tiba-tiba Otto diserang sawan dan dibawa ke ICU. Keadaan Otto berubah begitu drastik secara tiba-tiba.
Sungguh menyedihkan.. Petang itu Otto telah pergi buat selama-lamanya pada umur 2.5 bulan akibat kegagalan jantung. Masalah kegagalan jantung merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh pengidap down syndrome.
Kematian Otto menyedihkan seluruh warga Turki.. Otto akan selamanya dikenang oleh warga Turki sebagai seekor kucing yang istimewa :’)
Share Artikel Ini Dengan Cat’s Lover Lain!